Terdiri dari- doktor perubatan yang berdaftar dengan KKM, pengamal homeopathy, dan terapis yang bertauliah. Gabungan moden, traditional dan alternatif dedikasi untuk kesihatan luaran dan dalaman secara menyeluruh setiap pelanggan.
Friday, 5 June 2020
Monday, 1 June 2020
TERAPI SITZ BATH
Sitz Bath atau lebih dikenali sebagai rendaman faraj adalah sangat popular dalam kalangan ibu selepas bersalin di mana mereka akan melakukan rendaman ini semasa dalam proses berpantang bertujuan untuk membersihkan kawasan luka episiotomy. Tetapi tahukah anda sitz bath ini bukanlah khusus untuk mereka yang selepas bersalin semata-mata?
Istilah ‘Sitz Bath’ berasal daripada Bahasa Jerman yang bermaksud ‘tempat duduk’. Ia merupakan sejenis kaedah rendaman bahagian perineum (merangkumi anus dan vulva untuk wanita / anus dan scrotum untuk lelaki) di mana individu perlu duduk berendam di dalam air suam sehingga ke paras pinggul.
![]() |
Kawasan Perineum Wanita |
![]() |
Kawasan Perineum Lelaki |
Antara faktor-faktor yang membolehkan seseorang itu melakukan sitz bath ialah:
- Telah menjalani pembedahan di kawasan vagina atau vulva
- Ibu selepas bersalin
- Menghidapi iritasi disebabkan oleh buasir
- Telah menjalani pembedahan buasir
- Menghidapi iritasi disebabkan oleh sembelit atau cirit birit
- Masalah kegatalan disebabkan oleh keputihan
![]() |
Buasir |
![]() |
Luka Episiotomy |
Kebaikkan jika melakukan sitz bath ialah:
- Membantu dalam mengurangkan kesakitan, ketidakselesaan, iritasi dan sensasi gatal pada kawasan perineum yang disebabkan oleh factor-faktor yang telah disebutkan di atas.
- Membantu melancarkan aliran darah secara tidak langsung membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka dan juga mengurangkan edema (bengkak).
- Membantu dalam mencegah daripada terkena jangkitan (bergantung kepada bahan yang digunakan).
Dewasa dan kanak-kanak boleh melakukan sitz bath ini tetapi untuk kanak-kanak perlulah dibawah pengawasan ibu bapa. Kebiasaannya sitz bath tidak memerlukan preskripsi daripada Dr tetapi di luar negara pesakit disarankan untuk lakukannya sendiri di rumah.
Bagaimana cara untuk lakukan sitz bath di rumah?
- Sediakan besen sederhana tinggi atau besen khas sitz bath (seperti di dalam gambar)
Contoh besen yang anda boleh gunakan Besen sitz bath khas - Cuci dan bilas besen dengan air bersih
- Isi air suam (tidak digalakkan menggunakan air panas) sehingga ke paras pinggul.
- Boleh tambahkan bahan pilihan seperti Epsom Salt, Calendula Mother Tincture, Witch Hazel dan sebagainya. (tidak digalakkan untuk menggunakan feminine wash atau sabun antibacterial yang boleh mengeringkan dan merosakkan kulit)
- Duduk berendam selama 10 hingga 20 minit sehingga air menjadi sejuk.
- Setelah selesai, dab kan sahaja kawasan perineum tersebut dengan tuala kering yang bersih. Jangan gosok-gosok di kawasan tersebut.
- Lakukannya 1-2 kali sehari setiap hari bergantung kepada keperluan.
- Basuh besen sebersihnya selepas digunakan dengan air panas dan pencuci.
![]() |
*Klik pada gambar untuk mendapatkan Calendula Mother Tincture daripada perawat |
Epsom salt |
Sekian itu sahaja untuk kali ini. Semoga bermanfaat.
Perawat Homeopathy
Bachelor of Homeopathic and Medical Sciences
University of Cyberjaya (UoC)
notakaki: anda boleh mendapatkan servis terapi sitz bath di Villa Suriya. Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Mommies Circle Meeting July 2020 Facing your Fears
Tajuk perjumpaan kali ini adalah Facing your fears . Mommies yang datang berinteraksi dengan baik membincang topik ini den...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-ykjCdq-MDT-Bh_cwC1FW1RB6YDMKTbA-GU38uJ_ist74wtFtBxM2kjjDeoxPi0_RhzMevp2qLqry8BR0BpAUWM-qGPeI1rLSq3qPiTyiFgGKvPvj2q1KSKGdPZGQipFZTF24yV1ZJxIo/s320/108109266_10223830386456253_2992691587620071233_n.jpg)
-
BONE BROTH KAKI AYAM BONE BROTH KAKI AYAM Khasiat Bone Broth 1. Mengandungi bahan mineral dan sangat mud...
-
Recipe dan cara kegunaan Bone Broth Beku. Ada dua versi . A. Sup 750 ml B. Stok 50 ml . 1. Nasi Bone broth. Satu bekas b...
-
FROZEN MINESTRONE SOUP Villa Suriya menyediakan minestrone soup yang penuh khasiat, di mana soup adalah intipati daripada chicke...