Showing posts with label mama aimi. Show all posts
Showing posts with label mama aimi. Show all posts

Friday, 22 May 2020

Belailah Ibu Itu


BELAILAH IBU ITU


Masalah kemurungan selepas bersalin adalah sangat serius. 50 - 75% wanita yang melahirkan anak akan mengalami 'baby blues', iaitu perasaan sedih, penat, kerisauan, mudah terasa hati, menangis tanpa sebab yang jelas, dan ibu mungkin boleh melihat pada bayi dengan perasan menyampah. Selalunya keadaan 'baby blues' akan terjadi pada minggu pertama kelahiran bayi, dan kebiasaannya akan menghilang sendiri selepas 2 minggu tanpa rawatan.

Namun 15% dari keadaan ini, boleh menjadi lebih parah dan menyebabkan kemurungan, yang dipanggil 'post partum depression' (kemurungan selepas bersalin).

Keadaan ini adalah sangat serius, sehingga boleh menyebabkan ibu mengambil tindakan drastik seperti dalam kisah dalam gambar. Baru-baru ini pun banyak cerita menyedihkan yang kita dengar mengenai ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin.

Suami, ahli keluarga dan rakan-rakan sangatlah berperanan dalam memberikan semangat dan kekuatan buat ibu-ibu yang baru saja melahirkan. Walau kelihatan kuat di luaran, mungkin saja si ibu sedang bergejolak di dalam. Bantulah semampu mungkin untuk mengurangkan kerisauan dan pekerjaan berat si ibu. Usaha kita yang kecil itu, mungkin menjadi penyelamat 2 nyawa yang tidak berdosa.

Di Villa Suriya, kami menyediakan perkhidmatan untuk membelai dan merawat ibu-ibu selepas bersalin, disamping menjaga si bayi (menginap di villa). *Rawatan lampu jaundis buat si bayi juga terdapat di sini, supaya ibu tidak perlu berjauhan atau berulang-alik untuk memeriksa atau mendapatkan rawatan jaundis buat bayi. Suami mungkin boleh menghadiahkan pakej terapi luar dan dalam ini, buat si isteri yang baru berjuang melahirkan si kecil, anugerah terindah 🙂
* = bilirubin blanket. Bacaan kuning dipantau doktor perubatan. Rujukan ke hospital boleh dibuat sekiranya perlu.

Jom sertai #PantangCation bersama kami.
"Happy Wife, Happy Life".

#pakejpantang
#confinementhome
#confinementcentre
#tusukjari
#breastfeedingfriendly
#healthyfood

Hubungi kami di +011-59777496 (https://villasuriya.wasap.my/) atau email di villasuriya.putrajaya@gmail.com


Wednesday, 13 November 2019

BATU PENGGANTI TV

Minggu lepas Mama Aydin marah pasal Aydin kacau Mama tengah kerja. Puncanya? Nak tengok phone. Lagilah Mama marah. Lepas dah slow talk, Aydin setuju yang memang tak patut dia kacau Mama waktu tu. Jadi Aydin rela bila Mama dia kenakan denda.
Denda nya, tak boleh tengok TV / phone waktu kat rumah. Tang TV tu memang semua orang tak tengok. Phone tu Mama n Abi tengok la juga kan ðŸ˜….
Dah seminggu lebih tak buka TV. Ada la buka sekejap hari Ahad, tu pun tak tengok pasal diorg sebok duk p main swimming pool pulak. 
Hasilnya? Mainan kat rumah bersepah, drawing block terisi dengan lukisan, batu pun masuk rumah ðŸ˜‚. Eksperimen katanya, cuba nak mulakan api pakai roti bakar, dengan batu. Mama Abi dia pasrah je la. 



Pilihannya,
1. Anak tengok TV = rumah kemas
2. Anak tak tengok TV = rumah sepah
Mak masih pilih no 2 ðŸ˜Š.
13/11/2019
Mama Aimi
#kisahibubapa

Mommies Circle Meeting July 2020 Facing your Fears

Tajuk perjumpaan kali ini adalah Facing your fears . Mommies yang datang berinteraksi dengan baik membincang topik ini den...