Monday 25 May 2020

Tungku Selepas Bersalin, Keluar Darah Bantal


Assalamualaikum.

Pada waktu begini kalau di Villa Suriya, ibu sedang menjalani terapi urutan dan bertungku. Sambil pembantu terapis membantu menjaga bayi comel yang kenyang baru lepas menyusu.

Pengalaman bersama client pertama kami, pada hari ke3,  asbab bertungku telah membantu mengeluarkan ketulan darah besar dan sekaligus melegakan ibu daripada sakit rengat.


Sakit rengat ni seakan-akan sakit contraction tau. Memang sakit. Biasanya lepas keluar ketulan darah tu, memang akan jadi lega sangat.

Bertungku di peringkat awal berpantang, perlu dilakukan dengan berhati-hati dan teliti. Pastikan terapis yang menyantuni anda tahu apa yang dilakukan, ya.

Selepas berurut dan bertungku, terapis akan menyapu param, pilis dan krim herba di kawasan sekitar perut dan pinggang ibu. Kebaikan daripada herba-herba ini membantu menyegarkan ibu dan memberikan kesan relaksasi yang maksimum.

Ibu yang cukup rehat, mendapat makanan yang berkhasiat dan dalam keadaan gembira, akan merembeskan hormon oxytocin yang diperlukan dalam penghasilan susu ibu.

Jadi para suami, sila pastikan isteri anda berada dalam keadaan emosi yang terbaik selepas melahirkan cahaya mata ya 🤗

Jom sertai #PantangCation bersama kami.

"Happy Wife, Happy Life".

#pakejpantang
#confinementhome
#confinementcentre
#tusukjari
#breastfeedingfriendly
#healthyfood

Hubungi kami di +011-59777496 (https://villasuriya.wasap.my/) atau email di villasuriya.putrajaya@gmail.com


No comments:

Post a Comment

Mommies Circle Meeting July 2020 Facing your Fears

Tajuk perjumpaan kali ini adalah Facing your fears . Mommies yang datang berinteraksi dengan baik membincang topik ini den...