Showing posts with label breastfeeding friendly. Show all posts
Showing posts with label breastfeeding friendly. Show all posts

Friday, 22 May 2020

Belailah Ibu Itu


BELAILAH IBU ITU


Masalah kemurungan selepas bersalin adalah sangat serius. 50 - 75% wanita yang melahirkan anak akan mengalami 'baby blues', iaitu perasaan sedih, penat, kerisauan, mudah terasa hati, menangis tanpa sebab yang jelas, dan ibu mungkin boleh melihat pada bayi dengan perasan menyampah. Selalunya keadaan 'baby blues' akan terjadi pada minggu pertama kelahiran bayi, dan kebiasaannya akan menghilang sendiri selepas 2 minggu tanpa rawatan.

Namun 15% dari keadaan ini, boleh menjadi lebih parah dan menyebabkan kemurungan, yang dipanggil 'post partum depression' (kemurungan selepas bersalin).

Keadaan ini adalah sangat serius, sehingga boleh menyebabkan ibu mengambil tindakan drastik seperti dalam kisah dalam gambar. Baru-baru ini pun banyak cerita menyedihkan yang kita dengar mengenai ibu yang mengalami kemurungan selepas bersalin.

Suami, ahli keluarga dan rakan-rakan sangatlah berperanan dalam memberikan semangat dan kekuatan buat ibu-ibu yang baru saja melahirkan. Walau kelihatan kuat di luaran, mungkin saja si ibu sedang bergejolak di dalam. Bantulah semampu mungkin untuk mengurangkan kerisauan dan pekerjaan berat si ibu. Usaha kita yang kecil itu, mungkin menjadi penyelamat 2 nyawa yang tidak berdosa.

Di Villa Suriya, kami menyediakan perkhidmatan untuk membelai dan merawat ibu-ibu selepas bersalin, disamping menjaga si bayi (menginap di villa). *Rawatan lampu jaundis buat si bayi juga terdapat di sini, supaya ibu tidak perlu berjauhan atau berulang-alik untuk memeriksa atau mendapatkan rawatan jaundis buat bayi. Suami mungkin boleh menghadiahkan pakej terapi luar dan dalam ini, buat si isteri yang baru berjuang melahirkan si kecil, anugerah terindah 🙂
* = bilirubin blanket. Bacaan kuning dipantau doktor perubatan. Rujukan ke hospital boleh dibuat sekiranya perlu.

Jom sertai #PantangCation bersama kami.
"Happy Wife, Happy Life".

#pakejpantang
#confinementhome
#confinementcentre
#tusukjari
#breastfeedingfriendly
#healthyfood

Hubungi kami di +011-59777496 (https://villasuriya.wasap.my/) atau email di villasuriya.putrajaya@gmail.com


Apa itu #PantangCation?


Apa itu #PantangCation?


Ibu dan bayi, berehat sebentar dari rumah sendiri, dan mengambil masa terawal sesudah melahirkan untuk merawat, memanjakan emosi, mental dan fizikal keduanya.

Ini adalah satu konsep yang agak asing buat sesetengah masyarakat di Malaysia. Namun sudah semakin nampak kepentingannya pada masa sekarang.

Dengan generasi nenek dan atok zaman kini yang kebanyakannya masih bekerja, kadangkala tiada lagi istilah 'balik kampung' untuk berpantang.

Tekanan untuk menyusukan bayi pada tempoh terawal kelahirannya, memerlukan suasana dan persekitaran yang membina.

Dua minggu terawal bayi, yang selalu memerlukan ibu berulang alik ke klinik dan hospital untuk memeriksa dan merawat bayi yang kuning.

Emosi ibu yang harus dijaga elok, mengelakkan keadaan depresi ataupun keresahan yang semakin meningkat.

Dengan ini, terbentuklah Tusuk Jari Villa Suriya.

Jom sertai #PantangCation bersama kami.

"Happy Wife, Happy Life".

#pakejpantang
#confinementhome
#confinementcentre
#tusukjari
#breastfeedingfriendly
#healthyfood

Hubungi kami di +011-59777496 (https://villasuriya.wasap.my/) atau email di villasuriya.putrajaya@gmail.com

Mommies Circle Meeting July 2020 Facing your Fears

Tajuk perjumpaan kali ini adalah Facing your fears . Mommies yang datang berinteraksi dengan baik membincang topik ini den...