Siapa Kami

Siapakah di belakang Villa Suriya?
Kami terdiri dari tenaga professional - doktor perubatan yang berdaftar dengan KKM, pengamal homeopathy, dan terapis yang bertauliah. Gabungan moden, traditional dan alternatif yang bekerjasama khusus penuh dedikasi untuk kesihatan luaran dan dalaman secara menyeluruh setiap pelanggan.

Penasihat kami adalah Dr. Suriyakhatun yang merupakan doktor perubatan berpengalaman lebih 30 tahun, yang juga merupakan pengamal homeopathy bertauliah berkelulusan distinction dari Faculty of Homeopathy, London. Idea ini adalah rangkaian dari perkhidmatan sedia ada di bawah Dr. Suriyakhatun, yang impikan gabungan perubatan tradisional dan komplementari yang boleh diharmonikan bersama perubatan moden.

Aktiviti di Villa Suriya antaranya termasuk;

1. Rawatan pantang inap
Kami sediakan tempat yang selesa dan lengkap dengan peralatan juga fasiliti untuk ibu dalam pantang.

Istimewa buat ibu dan bayi untuk dapatkan perkhidmatan dan perhatian 24 jam, dalam tempoh genting selepas melahirkan, antara 1 minggu ke 1 bulan (pilihan pelanggan). Penting untuk rawatan luaran, dalaman, emosi dan mental.

Perkhidmatan dalam pantang seperti urutan, tusuk jari, mandian herba, bertungku, pilis, param, tangas, rendaman kaki, sauna, dan lain lain, disediakan mengikut pilihan pakej setiap pelanggan. Makanan berpantang yang sihat, halalan toyyiban, dimasak panas setiap hari.

Selain itu, tambahan penjagaan rawatan luka, bantuan penyusuan badan, sokongan emosi untuk ibu, dan rawatan lampu jaundis untuk bayi juga disediakan.

2. Rawatan pantang di rumah sendiri
Untuk ibu yang lebih selesa berpantang di rumah, perkhidmatan mobile juga disediakan.

3. Perkhidmatan ibu mengandung
Servis belaian diri seperti urutan, mandi bunga, rendaman kaki, dan urutan muka disediakan.

Selain itu, aktiviti menarik seperti exercise sewaktu mengandung, teknik pernafasan, bengkel masakan, perkongsian santai pengalaman bersalin dan kelas antenatal juga akan dilakukan secara berkala.

4. Rawatan emosi
Kelas, latihan, perkongsian, perjumpaan, dan retreat akan dilakukan secara berkala.

5. Jualan makanan dan barangan berasaskan kesihatan

Rasai perbezaan dan keistimewaan Villa Suriya, dan jadilah sebahagian dari keluarga kami.

No comments:

Post a Comment

Mommies Circle Meeting July 2020 Facing your Fears

Tajuk perjumpaan kali ini adalah Facing your fears . Mommies yang datang berinteraksi dengan baik membincang topik ini den...