BELAILAH IBU ITU
Masalah kemurungan selepas bersalin adalah sangat serius. 50
- 75% wanita yang melahirkan anak akan mengalami 'baby blues', iaitu perasaan
sedih, penat, kerisauan, mudah terasa hati, menangis tanpa sebab yang jelas,
dan ibu mungkin boleh melihat pada bayi dengan perasan menyampah. Selalunya
keadaan 'baby blues' akan terjadi pada minggu pertama kelahiran bayi, dan
kebiasaannya akan menghilang sendiri selepas 2 minggu tanpa rawatan.
Namun 15% dari keadaan ini, boleh menjadi lebih parah dan
menyebabkan kemurungan, yang dipanggil 'post partum depression' (kemurungan
selepas bersalin).
Keadaan ini adalah sangat serius, sehingga boleh menyebabkan
ibu mengambil tindakan drastik seperti dalam kisah dalam gambar. Baru-baru ini
pun banyak cerita menyedihkan yang kita dengar mengenai ibu yang mengalami
kemurungan selepas bersalin.
Suami, ahli keluarga dan rakan-rakan sangatlah berperanan
dalam memberikan semangat dan kekuatan buat ibu-ibu yang baru saja melahirkan.
Walau kelihatan kuat di luaran, mungkin saja si ibu sedang bergejolak di dalam.
Bantulah semampu mungkin untuk mengurangkan kerisauan dan pekerjaan berat si
ibu. Usaha kita yang kecil itu, mungkin menjadi penyelamat 2 nyawa yang tidak
berdosa.
Di Villa Suriya, kami menyediakan perkhidmatan untuk
membelai dan merawat ibu-ibu selepas bersalin, disamping menjaga si bayi
(menginap di villa). *Rawatan lampu jaundis buat si bayi juga terdapat di sini,
supaya ibu tidak perlu berjauhan atau berulang-alik untuk memeriksa atau
mendapatkan rawatan jaundis buat bayi. Suami mungkin boleh menghadiahkan pakej
terapi luar dan dalam ini, buat si isteri yang baru berjuang melahirkan si
kecil, anugerah terindah 🙂
* = bilirubin blanket. Bacaan kuning dipantau doktor
perubatan. Rujukan ke hospital boleh dibuat sekiranya perlu.
Jom sertai #PantangCation bersama kami.
Jom sertai #PantangCation bersama kami.
"Happy Wife, Happy Life".
#pakejpantang
#confinementhome
#confinementcentre
#tusukjari
#breastfeedingfriendly
#healthyfood
Hubungi kami di +011-59777496
(https://villasuriya.wasap.my/) atau email di villasuriya.putrajaya@gmail.com
No comments:
Post a Comment