Wednesday 13 November 2019

BATU PENGGANTI TV

Minggu lepas Mama Aydin marah pasal Aydin kacau Mama tengah kerja. Puncanya? Nak tengok phone. Lagilah Mama marah. Lepas dah slow talk, Aydin setuju yang memang tak patut dia kacau Mama waktu tu. Jadi Aydin rela bila Mama dia kenakan denda.
Denda nya, tak boleh tengok TV / phone waktu kat rumah. Tang TV tu memang semua orang tak tengok. Phone tu Mama n Abi tengok la juga kan ðŸ˜….
Dah seminggu lebih tak buka TV. Ada la buka sekejap hari Ahad, tu pun tak tengok pasal diorg sebok duk p main swimming pool pulak. 
Hasilnya? Mainan kat rumah bersepah, drawing block terisi dengan lukisan, batu pun masuk rumah ðŸ˜‚. Eksperimen katanya, cuba nak mulakan api pakai roti bakar, dengan batu. Mama Abi dia pasrah je la. 



Pilihannya,
1. Anak tengok TV = rumah kemas
2. Anak tak tengok TV = rumah sepah
Mak masih pilih no 2 ðŸ˜Š.
13/11/2019
Mama Aimi
#kisahibubapa

EFT PEKA REDHA SYUKUR Kelas tahap satu .

 28 Disember 2019 di Villa Suriya Presint 16 Putrajaya Yuran 150
Kelas dari pukul 9am-5 am, dua teabreak dan makan tengah hari disediakan.


Sila daftar untuk sertai kelas ini

Whatsapp ke 01120809810


Penerangan lanjut 

Jalan pembersihan jiwa:
Kesedaran tentang keadaan diri -muhasabah
Taubat
Pupuk sifat
Kasih sayang
Redha
Syukur
Pemaaf
Rawat diri dari emosi negatif : EFT ( Energy psychology menghilangkan emosi yang tersekat dan tidak mengalir )‏

Apakah Emotional Freedom Technique?
Berdasarkan penemuan baru - 'Penyebab semua emosi negatif ialah gangguan terhadap sistem tenaga tubuh badan.'

Kadar keberkesanan rawatan yang tinggi (80-95%) dengan  menggunakan teknik saintifik.
 Ketukan perlahan pada titik tertentu mengaruh tenaga semulajadi tubuh badan dan menimbulkan keseimbangan di antara semua titik-titik terlibat.

Dato Dr Suriyakhatun Osman akan kendalikan kelas EFT sehingga level tiga .

Agenda program tahap satu:
Tahap satu.

a. Pengenalan kepada emosi emosi sihat vs emosi sangkut
b. Pengenalan kepada EFT
c. Cara membuat EFT basic
d. Latihan dan diskusi
e. Etika dan eft
f. Kaitan EFT dengan peka redha syukur






Tuesday 12 November 2019

Recipe dan Cara guna Bone Broth yang sudah disediakan


Recipe dan cara kegunaan Bone Broth Beku. Ada dua versi . A. Sup 750 ml B. Stok 50 ml .


1.      Nasi Bone broth.

Satu bekas bone broth
Air bertapis untuk  tambah jika perlu
Beras 2 cawan di basuh dan toskan
Minyak kelapa 2 sudu besar
1 Bawang besar dan bawang putih 5 ulas hiris halus
Garam bukit secukup rasa
Carrot sagat ( optional ) lebihkan air jika guna
Jika nakkan rasa berempah guna rempah sup sesudu besar

Dalam periuk nasi:Tumis bawang dengan minyak hingga kuning. Rempah sup jika guna.
Boleh juga tumus diluar dulu baru masukkan dalam periuk nasi
Masukan beras bone broth dan air
Bila separuh masak masukkan carrot sagat dan kacau perlahan
Biar sampai masak .
Hidang dengan sup bone broth atau sup sayur bone broth, salad dan ayam goreng

2.       Sup sayur bone broth

Satu bekas bone broth
Carrot separuh, bunga kobis 5 tangkai dan brokoli 5 tangkai
Tomato potong 4 buang biji
Bawang putih bawang merah hiris
Halia muda 2 inci, hiris
Serbuk lada hitam
Garam bukit secukup rasa
Minyak kelapa atau kelapa sawit 2 sudu besar untuk menumis

Tumis bawangan dan halia, masukkan bone bone, masukkan sayur dan garam bukit dan lada hitam , didihkan hingga empuk, tambah air jike nakkan cair lagi .

Boleh juga di tambah mee kering ( air dried organic  ) terus kedalam sup sambung didihkan dengan api kecil hingga lembut .

Untuk buat mee yang lebih sedap boleh tambah kicap pekat dan minyak bijan.

Boleh juga di tambah telur kedalam sup dengan memecahkan dan memukul telur  dan masukkan kedalam sup yang sedang mendidih . Tuangkan telur itu perlahan lahan kedalam sup yang sedang mendidih.

Sayur lain yang boleh di gunakan untuk mee adalah bokcoi dan sawi .

Isi ayam pun boleh di gunakan, ini perlu di masukkan dahulu sebelum sayur .

3.       Sup carrot bone broth.

Potong 5 biji carrot,
Tomato 3 biji dipotong dadu buang biji( biji tinggi histamine)
Garam, sebuk lada hitam ikut rasa
Bone broth satu bekas
Bawang besar 2 biji hiris , bawang putih 5 ulas hiris
Cheese slice 4 keping atau cheddar cheese suku buku
Butter 2 sudu besar

Cara,
Tumis bawang dengan minak masukan semua bahan dan rebus hingga lembut. Guna Pressure Cooker lagi cepat. 
Guna blender tangan untuk jadikan sup krim.
Tambah cheese slice atau cheddar cheese yang di sagat
Masukkan butter
Letak semula atas api kecil hingga cheese sudah larut

Carrot boleh di gantikan dengan pumpkin untuk buat sup pumpkin bone brone

4.       Nasi goreng, mee goreng dan meehoon goreng bone broth.

Guna stock beku yang 50 gram. Selepas tumis perencah semasa masukkan lauk/sayur, masukkan satu atau dua buku stock bone broth beku dan tunggu hingga kering sebelum masukkan nasi, mee atau meehoon

Khasiat Bone Broth


BONE  BROTH KAKI AYAM


 Image result for bone broth

 
BONE  BROTH KAKI AYAM
Khasiat Bone Broth
1.       Mengandungi bahan mineral dan sangat mudah diserap oleh badan. Antara bahan mineral dalam bone broth termasuklah:
·       Kalsium
·       Magnesium
·       Phosphorus
·       Zat galian ‘trace minerals’
2.       Lemak di dalam bone broth membantu menangani masalah usus.
·       Masalah usus membawa kepada masalah lain seperti atopy termasuk allergi lain serta asthma.
·       Masalah pembelajaran dan fungsi otak juga boleh dikaitkan dengan masalah usus.
3.        Sumber gelatin dan collagen yang baik
·       Memperkuatkan sendi
·       Memperkuatkan kuku dan rambut
·       Membantu menangani masalah leaky gut
·       Memperkuatkan connective tissues

4.       Sumber amino asid
·       Glycine – Sangat penting untuk memastikan anda mendapat kulit, tulang, ligament dan tendon yang kuat dan sihat.
·       Proline – membantu menyahtoksin hati

5.       Bone broth mengandungi sesetengah vitamin B;
·       Niacin dan riboflavin yang memainkan peranan dalam metabolisma dan bantu badan hazamkan karbohidrat protein dan lemak untuk hasilkan tenaga

6.       Bone broth kaya glucosamine dan chondroitin dua nutrisi yang bantu kesihatan sendi

Mommies Circle Meeting July 2020 Facing your Fears

Tajuk perjumpaan kali ini adalah Facing your fears . Mommies yang datang berinteraksi dengan baik membincang topik ini den...