Tuesday 12 November 2019

Recipe dan Cara guna Bone Broth yang sudah disediakan


Recipe dan cara kegunaan Bone Broth Beku. Ada dua versi . A. Sup 750 ml B. Stok 50 ml .


1.      Nasi Bone broth.

Satu bekas bone broth
Air bertapis untuk  tambah jika perlu
Beras 2 cawan di basuh dan toskan
Minyak kelapa 2 sudu besar
1 Bawang besar dan bawang putih 5 ulas hiris halus
Garam bukit secukup rasa
Carrot sagat ( optional ) lebihkan air jika guna
Jika nakkan rasa berempah guna rempah sup sesudu besar

Dalam periuk nasi:Tumis bawang dengan minyak hingga kuning. Rempah sup jika guna.
Boleh juga tumus diluar dulu baru masukkan dalam periuk nasi
Masukan beras bone broth dan air
Bila separuh masak masukkan carrot sagat dan kacau perlahan
Biar sampai masak .
Hidang dengan sup bone broth atau sup sayur bone broth, salad dan ayam goreng

2.       Sup sayur bone broth

Satu bekas bone broth
Carrot separuh, bunga kobis 5 tangkai dan brokoli 5 tangkai
Tomato potong 4 buang biji
Bawang putih bawang merah hiris
Halia muda 2 inci, hiris
Serbuk lada hitam
Garam bukit secukup rasa
Minyak kelapa atau kelapa sawit 2 sudu besar untuk menumis

Tumis bawangan dan halia, masukkan bone bone, masukkan sayur dan garam bukit dan lada hitam , didihkan hingga empuk, tambah air jike nakkan cair lagi .

Boleh juga di tambah mee kering ( air dried organic  ) terus kedalam sup sambung didihkan dengan api kecil hingga lembut .

Untuk buat mee yang lebih sedap boleh tambah kicap pekat dan minyak bijan.

Boleh juga di tambah telur kedalam sup dengan memecahkan dan memukul telur  dan masukkan kedalam sup yang sedang mendidih . Tuangkan telur itu perlahan lahan kedalam sup yang sedang mendidih.

Sayur lain yang boleh di gunakan untuk mee adalah bokcoi dan sawi .

Isi ayam pun boleh di gunakan, ini perlu di masukkan dahulu sebelum sayur .

3.       Sup carrot bone broth.

Potong 5 biji carrot,
Tomato 3 biji dipotong dadu buang biji( biji tinggi histamine)
Garam, sebuk lada hitam ikut rasa
Bone broth satu bekas
Bawang besar 2 biji hiris , bawang putih 5 ulas hiris
Cheese slice 4 keping atau cheddar cheese suku buku
Butter 2 sudu besar

Cara,
Tumis bawang dengan minak masukan semua bahan dan rebus hingga lembut. Guna Pressure Cooker lagi cepat. 
Guna blender tangan untuk jadikan sup krim.
Tambah cheese slice atau cheddar cheese yang di sagat
Masukkan butter
Letak semula atas api kecil hingga cheese sudah larut

Carrot boleh di gantikan dengan pumpkin untuk buat sup pumpkin bone brone

4.       Nasi goreng, mee goreng dan meehoon goreng bone broth.

Guna stock beku yang 50 gram. Selepas tumis perencah semasa masukkan lauk/sayur, masukkan satu atau dua buku stock bone broth beku dan tunggu hingga kering sebelum masukkan nasi, mee atau meehoon

No comments:

Post a Comment

Mommies Circle Meeting July 2020 Facing your Fears

Tajuk perjumpaan kali ini adalah Facing your fears . Mommies yang datang berinteraksi dengan baik membincang topik ini den...