Monday 20 July 2020

Mommies Circle Meeting July 2020 Facing your Fears







Anak-anak lebih dari 5 tahun di ajak oleh AJK kanak-kanak untuk bermain di Tasik sebelah Taman Pinggiran Cyber 
Juadah yang di sediakan oleh tuan rumah dan juga potluck dari Mommies menyerikan lagi perjumpaan Mommies 




AJK anak-anak to the rescue

Hujan Pulak semasa anak-anak tengah bermain



Monday 1 June 2020

TERAPI SITZ BATH

Sitz Bath atau lebih dikenali sebagai rendaman faraj adalah sangat popular dalam kalangan ibu selepas bersalin di mana mereka akan melakukan rendaman ini semasa dalam proses berpantang bertujuan untuk membersihkan kawasan luka episiotomy. Tetapi tahukah anda sitz bath ini bukanlah khusus untuk mereka yang selepas bersalin semata-mata?


Istilah ‘Sitz Bath’ berasal daripada Bahasa Jerman yang bermaksud ‘tempat duduk’. Ia merupakan sejenis kaedah rendaman bahagian perineum (merangkumi anus dan vulva untuk wanita / anus dan scrotum untuk lelaki) di mana individu perlu duduk berendam di dalam air suam sehingga ke paras pinggul. 

Kawasan Perineum Wanita

Kawasan Perineum Lelaki

Antara faktor-faktor yang membolehkan seseorang itu melakukan sitz bath ialah:
  1. Telah menjalani pembedahan di kawasan vagina atau vulva
  2. Ibu selepas bersalin
  3. Menghidapi iritasi disebabkan oleh buasir
  4. Telah menjalani pembedahan buasir
  5. Menghidapi iritasi disebabkan oleh sembelit atau cirit birit
  6. Masalah kegatalan disebabkan oleh keputihan
Buasir

Luka Episiotomy


Kebaikkan jika melakukan sitz bath ialah:
  1. Membantu dalam mengurangkan kesakitan, ketidakselesaan, iritasi dan sensasi gatal pada kawasan perineum yang disebabkan oleh factor-faktor yang telah disebutkan di atas.
  2. Membantu melancarkan aliran darah secara tidak langsung membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka dan juga mengurangkan edema (bengkak).
  3. Membantu dalam mencegah daripada terkena jangkitan (bergantung kepada bahan yang digunakan).

Dewasa dan kanak-kanak boleh melakukan sitz bath ini tetapi untuk kanak-kanak perlulah dibawah pengawasan ibu bapa. Kebiasaannya sitz bath tidak memerlukan preskripsi daripada Dr tetapi di luar negara pesakit disarankan untuk lakukannya sendiri di rumah.


Bagaimana cara untuk lakukan sitz bath di rumah?
  1. Sediakan besen sederhana tinggi atau besen khas sitz bath (seperti di dalam gambar)
    Contoh besen yang anda boleh gunakan
    Besen sitz bath khas
  2. Cuci dan bilas besen dengan air bersih
  3. Isi air suam (tidak digalakkan menggunakan air panas) sehingga ke paras pinggul.
  4. Boleh tambahkan bahan pilihan seperti Epsom Salt, Calendula Mother Tincture, Witch Hazel dan sebagainya. (tidak digalakkan untuk menggunakan feminine wash atau sabun antibacterial yang boleh mengeringkan dan merosakkan kulit)
  5. Duduk berendam selama 10 hingga 20 minit sehingga air menjadi sejuk. 
  6. Setelah selesai, dab kan sahaja kawasan perineum tersebut dengan tuala kering yang bersih. Jangan gosok-gosok di kawasan tersebut.
  7. Lakukannya 1-2 kali sehari setiap hari bergantung kepada keperluan.
  8. Basuh besen sebersihnya selepas digunakan dengan air panas dan pencuci. 
*Klik pada gambar untuk mendapatkan Calendula Mother Tincture daripada perawat
Epsom salt



Sekian itu sahaja untuk kali ini. Semoga bermanfaat.



Perawat Homeopathy
Bachelor of Homeopathic and Medical Sciences
University of Cyberjaya (UoC)


notakaki: anda boleh mendapatkan servis terapi sitz bath di Villa Suriya. Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tuesday 26 May 2020

Menu Pantang Ikan Siakap Masak Ungkep


Selamat makan tengahari.


Menu makan tengahari di Villa Suriya hari ini, ikan siakap masak ungkep. Sedapnyaaaa...
Nak buat? Senang je.

Bahan:
1. Ikan segar tanpa pengawet. Atau ayam tanpa antibiotik (senarai ikan boleh rujuk di gambar). Lumur dengan garam dan kunyit serbuk.
2. Kunyit hidup, halia, bawang putih, bawang merah, sedikit lada hitam, ditumbuk halus.
3. Jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Guna serbuk atau biji pun boleh.
3. Air asam jawa.

Cara:
1. Gorengkan ikan@ayam sehingga separa masak, angkat dan toskan minyak.
2. Tumis bahan di para 2 dan 3 sehingga kekuningan.
3. Masukkan air asam jawa dan ikan@ayam.
4. Tumis sehingga ikan@ayam masak dan kuah menjadi pekat. Tambahkan garam pink himalaya dan sedikit raw cane sugar untuk seimbangkan rasa masam.

Siap!


Jom sertai #PantangCation bersama kami.
"Happy Wife, Happy Life".

#pakejpantang
#confinementhome
#confinementcentre
#tusukjari
#breastfeedingfriendly
#healthyfood

Hubungi kami di +011-59777496 (https://villasuriya.wasap.my/) atau email di villasuriya.putrajaya@gmail.com


Menu Pantang Sambal Ikan Bilis Lada Hitam


Antara kerinduan semasa pantang, ialah makanan pedas, kan?


Di sini kami kongsikan “sambal” ikan bilis lada hitam untuk dinikmati bersama nasi panas. Tak pantang pun mesti suka sambal ni.

Bahan:
1. Lada hitam, halia, bawang putih, bawang merah, ikan bilis ditumbuk kasar.
2. Air asam jawa pekat.

Cara:
1. Tumiskan semua bahan tumbuk sehingga separa garing.
2. Masukkan air asam jawa, teruskan menumis sehingga air kering.
3. Tambah garam jika perlu.

Siap!
Bismillahirrahmanirrahim....

Jom sertai #PantangCation bersama kami.
"Happy Wife, Happy Life".

#pakejpantang
#confinementhome
#confinementcentre
#tusukjari
#breastfeedingfriendly
#healthyfood

Hubungi kami di +011-59777496 (https://villasuriya.wasap.my/) atau email di villasuriya.putrajaya@gmail.com


Monday 25 May 2020

Tungku Selepas Bersalin, Keluar Darah Bantal


Assalamualaikum.

Pada waktu begini kalau di Villa Suriya, ibu sedang menjalani terapi urutan dan bertungku. Sambil pembantu terapis membantu menjaga bayi comel yang kenyang baru lepas menyusu.

Pengalaman bersama client pertama kami, pada hari ke3,  asbab bertungku telah membantu mengeluarkan ketulan darah besar dan sekaligus melegakan ibu daripada sakit rengat.


Sakit rengat ni seakan-akan sakit contraction tau. Memang sakit. Biasanya lepas keluar ketulan darah tu, memang akan jadi lega sangat.

Bertungku di peringkat awal berpantang, perlu dilakukan dengan berhati-hati dan teliti. Pastikan terapis yang menyantuni anda tahu apa yang dilakukan, ya.

Selepas berurut dan bertungku, terapis akan menyapu param, pilis dan krim herba di kawasan sekitar perut dan pinggang ibu. Kebaikan daripada herba-herba ini membantu menyegarkan ibu dan memberikan kesan relaksasi yang maksimum.

Ibu yang cukup rehat, mendapat makanan yang berkhasiat dan dalam keadaan gembira, akan merembeskan hormon oxytocin yang diperlukan dalam penghasilan susu ibu.

Jadi para suami, sila pastikan isteri anda berada dalam keadaan emosi yang terbaik selepas melahirkan cahaya mata ya 🤗

Jom sertai #PantangCation bersama kami.

"Happy Wife, Happy Life".

#pakejpantang
#confinementhome
#confinementcentre
#tusukjari
#breastfeedingfriendly
#healthyfood

Hubungi kami di +011-59777496 (https://villasuriya.wasap.my/) atau email di villasuriya.putrajaya@gmail.com


Menu Pantang Nasi Goreng Lada Hitam


Sarapan apa tu?

Ini menu sarapan pilihan Villa Suriya. Semestinya sihat dan menyihatkan.


Nasi goreng lada hitam. Nama glamour nya “Black Pepper Fried Rice”.


Nak buat senang je.

Bahan:
1. Semangkuk nasi sejuk.
2. Lada hitam dan ikan bilis ditumbuk halus.
3. Hiris halus - halia muda, bawang putih, bawang merah.
4. Potong kecil - apa-apa sayuran. Kami pilih lobak merah.

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Tumis bahan di para 2 dan 3 sehingga agak garing.
3. Masukkan nasi, lobak merah dan garam pink himalaya. Gail sehingga sehingga rata semua bahan dan perasa.

Hidang dengan secawan coco masala yang menghangatkan dan menyegarkan tubuh.
Nyum!

Jom sertai #PantangCation bersama kami.

"Happy Wife, Happy Life".
#pakejpantang
#confinementhome
#confinementcentre
#tusukjari
#breastfeedingfriendly
#healthyfood

Hubungi kami di +011-59777496 (https://villasuriya.wasap.my/) atau email di villasuriya.putrajaya@gmail.com


Mommies Circle Meeting July 2020 Facing your Fears

Tajuk perjumpaan kali ini adalah Facing your fears . Mommies yang datang berinteraksi dengan baik membincang topik ini den...