Villa Suriya
Terdiri dari- doktor perubatan yang berdaftar dengan KKM, pengamal homeopathy, dan terapis yang bertauliah. Gabungan moden, traditional dan alternatif dedikasi untuk kesihatan luaran dan dalaman secara menyeluruh setiap pelanggan.
Monday, 20 July 2020
Friday, 5 June 2020
Monday, 1 June 2020
TERAPI SITZ BATH
Sitz Bath atau lebih dikenali sebagai rendaman faraj adalah sangat popular dalam kalangan ibu selepas bersalin di mana mereka akan melakukan rendaman ini semasa dalam proses berpantang bertujuan untuk membersihkan kawasan luka episiotomy. Tetapi tahukah anda sitz bath ini bukanlah khusus untuk mereka yang selepas bersalin semata-mata?
Istilah ‘Sitz Bath’ berasal daripada Bahasa Jerman yang bermaksud ‘tempat duduk’. Ia merupakan sejenis kaedah rendaman bahagian perineum (merangkumi anus dan vulva untuk wanita / anus dan scrotum untuk lelaki) di mana individu perlu duduk berendam di dalam air suam sehingga ke paras pinggul.
![]() |
Kawasan Perineum Wanita |
![]() |
Kawasan Perineum Lelaki |
Antara faktor-faktor yang membolehkan seseorang itu melakukan sitz bath ialah:
- Telah menjalani pembedahan di kawasan vagina atau vulva
- Ibu selepas bersalin
- Menghidapi iritasi disebabkan oleh buasir
- Telah menjalani pembedahan buasir
- Menghidapi iritasi disebabkan oleh sembelit atau cirit birit
- Masalah kegatalan disebabkan oleh keputihan
![]() |
Buasir |
![]() |
Luka Episiotomy |
Kebaikkan jika melakukan sitz bath ialah:
- Membantu dalam mengurangkan kesakitan, ketidakselesaan, iritasi dan sensasi gatal pada kawasan perineum yang disebabkan oleh factor-faktor yang telah disebutkan di atas.
- Membantu melancarkan aliran darah secara tidak langsung membantu dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka dan juga mengurangkan edema (bengkak).
- Membantu dalam mencegah daripada terkena jangkitan (bergantung kepada bahan yang digunakan).
Dewasa dan kanak-kanak boleh melakukan sitz bath ini tetapi untuk kanak-kanak perlulah dibawah pengawasan ibu bapa. Kebiasaannya sitz bath tidak memerlukan preskripsi daripada Dr tetapi di luar negara pesakit disarankan untuk lakukannya sendiri di rumah.
Bagaimana cara untuk lakukan sitz bath di rumah?
- Sediakan besen sederhana tinggi atau besen khas sitz bath (seperti di dalam gambar)
Contoh besen yang anda boleh gunakan Besen sitz bath khas - Cuci dan bilas besen dengan air bersih
- Isi air suam (tidak digalakkan menggunakan air panas) sehingga ke paras pinggul.
- Boleh tambahkan bahan pilihan seperti Epsom Salt, Calendula Mother Tincture, Witch Hazel dan sebagainya. (tidak digalakkan untuk menggunakan feminine wash atau sabun antibacterial yang boleh mengeringkan dan merosakkan kulit)
- Duduk berendam selama 10 hingga 20 minit sehingga air menjadi sejuk.
- Setelah selesai, dab kan sahaja kawasan perineum tersebut dengan tuala kering yang bersih. Jangan gosok-gosok di kawasan tersebut.
- Lakukannya 1-2 kali sehari setiap hari bergantung kepada keperluan.
- Basuh besen sebersihnya selepas digunakan dengan air panas dan pencuci.
![]() |
*Klik pada gambar untuk mendapatkan Calendula Mother Tincture daripada perawat |
Epsom salt |
Sekian itu sahaja untuk kali ini. Semoga bermanfaat.
Perawat Homeopathy
Bachelor of Homeopathic and Medical Sciences
University of Cyberjaya (UoC)
notakaki: anda boleh mendapatkan servis terapi sitz bath di Villa Suriya. Klik di sini untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Tuesday, 26 May 2020
Menu Pantang Ikan Siakap Masak Ungkep
Selamat makan tengahari.
Menu makan tengahari di Villa Suriya hari ini, ikan siakap
masak ungkep. Sedapnyaaaa...
Nak buat? Senang je.
Bahan:
1. Ikan segar tanpa pengawet. Atau ayam tanpa antibiotik
(senarai ikan boleh rujuk di gambar). Lumur dengan garam dan kunyit serbuk.
2. Kunyit hidup, halia, bawang putih, bawang merah, sedikit
lada hitam, ditumbuk halus.
3. Jintan manis, jintan putih dan ketumbar. Guna serbuk atau
biji pun boleh.
3. Air asam jawa.
Cara:
1. Gorengkan ikan@ayam sehingga separa masak, angkat dan
toskan minyak.
2. Tumis bahan di para 2 dan 3 sehingga kekuningan.
3. Masukkan air asam jawa dan ikan@ayam.
4. Tumis sehingga ikan@ayam masak dan kuah menjadi pekat.
Tambahkan garam pink himalaya dan sedikit raw cane sugar untuk seimbangkan rasa
masam.
Siap!
Jom sertai #PantangCation bersama kami.
"Happy Wife, Happy Life".
#pakejpantang
#confinementhome
#confinementcentre
#tusukjari
#breastfeedingfriendly
#healthyfood
Hubungi kami di +011-59777496
(https://villasuriya.wasap.my/) atau email di villasuriya.putrajaya@gmail.com
Menu Pantang Sambal Ikan Bilis Lada Hitam
Antara kerinduan semasa pantang, ialah makanan pedas, kan?
Di sini kami kongsikan “sambal” ikan bilis lada hitam untuk dinikmati bersama nasi panas. Tak pantang pun mesti suka sambal ni.
Bahan:
1. Lada hitam, halia, bawang putih, bawang merah, ikan bilis
ditumbuk kasar.
2. Air asam jawa pekat.
Cara:
1. Tumiskan semua bahan tumbuk sehingga separa garing.
2. Masukkan air asam jawa, teruskan menumis sehingga air kering.
3. Tambah garam jika perlu.
Siap!
Bismillahirrahmanirrahim....
Jom sertai #PantangCation bersama kami.
Jom sertai #PantangCation bersama kami.
"Happy Wife, Happy Life".
#pakejpantang
#confinementhome
#confinementcentre
#tusukjari
#breastfeedingfriendly
#healthyfood
Hubungi kami di +011-59777496
(https://villasuriya.wasap.my/) atau email di villasuriya.putrajaya@gmail.com
Monday, 25 May 2020
Tungku Selepas Bersalin, Keluar Darah Bantal
Assalamualaikum.
Pada waktu begini kalau di Villa Suriya, ibu sedang
menjalani terapi urutan dan bertungku. Sambil pembantu terapis membantu menjaga
bayi comel yang kenyang baru lepas menyusu.
Pengalaman bersama client pertama kami, pada hari ke3, asbab bertungku telah membantu mengeluarkan
ketulan darah besar dan sekaligus melegakan ibu daripada sakit rengat.
Sakit rengat ni seakan-akan sakit contraction tau. Memang sakit. Biasanya lepas keluar ketulan darah tu, memang akan jadi lega sangat.
Bertungku di peringkat awal berpantang, perlu dilakukan
dengan berhati-hati dan teliti. Pastikan terapis yang menyantuni anda tahu apa
yang dilakukan, ya.
Selepas berurut dan bertungku, terapis akan menyapu param,
pilis dan krim herba di kawasan sekitar perut dan pinggang ibu. Kebaikan
daripada herba-herba ini membantu menyegarkan ibu dan memberikan kesan
relaksasi yang maksimum.
Ibu yang cukup rehat, mendapat makanan yang berkhasiat dan
dalam keadaan gembira, akan merembeskan hormon oxytocin yang diperlukan dalam
penghasilan susu ibu.
Jadi para suami, sila pastikan isteri anda berada dalam
keadaan emosi yang terbaik selepas melahirkan cahaya mata ya 🤗
Jom sertai #PantangCation bersama kami.
Jom sertai #PantangCation bersama kami.
"Happy Wife, Happy Life".
#pakejpantang
#confinementhome
#confinementcentre
#tusukjari
#breastfeedingfriendly
#healthyfood
Hubungi kami di +011-59777496
(https://villasuriya.wasap.my/) atau email di villasuriya.putrajaya@gmail.com
Menu Pantang Nasi Goreng Lada Hitam
Sarapan apa tu?
Ini menu sarapan pilihan Villa Suriya. Semestinya sihat dan
menyihatkan.
Nasi goreng lada hitam. Nama glamour nya “Black Pepper Fried
Rice”.
Nak buat senang je.
Bahan:
1. Semangkuk nasi sejuk.
2. Lada hitam dan ikan bilis ditumbuk halus.
3. Hiris halus - halia muda, bawang putih, bawang merah.
4. Potong kecil - apa-apa sayuran. Kami pilih lobak merah.
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak.
2. Tumis bahan di para 2 dan 3 sehingga agak garing.
3. Masukkan nasi, lobak merah dan garam pink himalaya. Gail
sehingga sehingga rata semua bahan dan perasa.
Hidang dengan secawan coco masala yang menghangatkan dan menyegarkan tubuh.
Nyum!
Jom sertai #PantangCation bersama kami.
Jom sertai #PantangCation bersama kami.
"Happy Wife, Happy Life".
#pakejpantang
#confinementhome
#confinementcentre
#tusukjari
#breastfeedingfriendly
#healthyfood
Hubungi kami di +011-59777496
(https://villasuriya.wasap.my/) atau email di villasuriya.putrajaya@gmail.com
Subscribe to:
Posts (Atom)
Mommies Circle Meeting July 2020 Facing your Fears
Tajuk perjumpaan kali ini adalah Facing your fears . Mommies yang datang berinteraksi dengan baik membincang topik ini den...
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEg-ykjCdq-MDT-Bh_cwC1FW1RB6YDMKTbA-GU38uJ_ist74wtFtBxM2kjjDeoxPi0_RhzMevp2qLqry8BR0BpAUWM-qGPeI1rLSq3qPiTyiFgGKvPvj2q1KSKGdPZGQipFZTF24yV1ZJxIo/s320/108109266_10223830386456253_2992691587620071233_n.jpg)
-
BONE BROTH KAKI AYAM BONE BROTH KAKI AYAM Khasiat Bone Broth 1. Mengandungi bahan mineral dan sangat mud...
-
Recipe dan cara kegunaan Bone Broth Beku. Ada dua versi . A. Sup 750 ml B. Stok 50 ml . 1. Nasi Bone broth. Satu bekas b...
-
FROZEN MINESTRONE SOUP Villa Suriya menyediakan minestrone soup yang penuh khasiat, di mana soup adalah intipati daripada chicke...