Tuesday 31 December 2019

HEALING TOUCH

About Healing Touch
Tangan Yang Menyembuhkan dengan izin Allah swt. Sebenarnya kita banyak guna tangan kita dalam mengambil wudu dan juga berdoa dengan menadah tangan kita serta menyapu kawasan wudu. Orang yang peka energi badannya dapat rasa sendiri aliran energi semasa solat dan semasa berdoa dan semasa menyapu anggota badannya dengan tangan berwudu. 

Bila kita nak tidurkan anak kita guna tangan untuk menepuk badan anak , begitu juga bola kita nak redakan emosi seseorang kita gosok belakangnya . Tanpa di sedari ini semua adalah tangan yang menyembuhkan . 

Dari segi saintifk pula , ukuran ECG dan EEG mengunakan aliran energi badan maka kita faham badan kita ada energi yang mengalir.

Sebenarnya solat dengan ayat ayat Al quran juga menyembuhkan dan menenangkan jiwa bila di lakukan dengan khusyu .

Healing touch hanya mangaruhkan aliran energi badan yang sudah ada dengan semula jadi pada setiap insan. Ilmu penyembuhan dengan sentuhan ini wujud dalam banyak sistem perubatan tradisional manusia namun dalam perubatan Islam dan perubatan Melayu pun ia wujud.

Sunday 29 December 2019

Frozen Minestrone Soup by Villa Suriya


FROZEN MINESTRONE SOUP

Villa Suriya menyediakan minestrone soup yang penuh khasiat, di mana soup adalah intipati daripada chicken feet bone broth yang kaya dengan kolagen, sayuran segar yang dibasuh dengan takex fresh, dan garam pink sebagai penambah rasa dan zat mineral.
Untuk memasaknya, hanya tinggal panaskan atas api saja.
Boleh campur dengan elbow pasta ataupun makan dengan nasi.
Kalau ingin tambah rasa, boleh campurkan lagi cheese dan butter. Memang lemak berkrim dan penuh khasiat.
Pasti menaikkan selera anak-anak dan juga semestinya dewasa 
Hubungi Villa Suriya untuk pertanyaan, https://villasuriya.wasap.my/
"Empowerment Through Healing"

Golden Girls Spa Party 29 December

 


Antara servis di Villa Suriya adalah Spa Party. Jika ada kumpulan yang ingin adakan acara Spa Parti boleh book makanan, dan terapi yang di kehendaki .  

Kelas EFT Peka Redha Syukur 28 Disember 2019 level 1

Frozen Bone broth

Monday 23 December 2019

Feedback Puan Khalilah, pakej PantangCation


Terima kasih Puan Khalilah kerana mempercayai keluarga Tusuk Jari Villa Suriya untuk menyantuni beliau dan si kecil comel.


Seluruh tim TJVS dengan penuh dedikasi berusaha memastikan ibu mendapatkan rehat dan rawatan pantang yang lengkap, di samping menikmati makanan berkhasiat dan enak! Anak juga dibelai dan dipantau kesihatannya. Ibu rehat, anak sihat .

P/s: Bestnya dapat hamper Buds Cherished Organics tu 😍😍

Hubungi kami di +011-59777496 (https://villasuriya.wasap.my/) atau email di villasuriya.putrajaya@gmail.com

Friday 20 December 2019

Kisah Klien Pertama PantangCation di Villa Suriya



Kisah client pertama #pantangcation kami di Villa Suriya.

Puan Khalilah berpantang 4 hari 3 malam di Villa Suriya untuk kelahiran anak ke 4 beliau. Alhamdulillah maklumbalas yang sangat memberangsangkan daripada beliau.

Kami tumpang seronok melihat Puan Khalilah begitu menikmati suasana Villa Suriya sepanjang berada di sini. Setiap pagi selepas disegarkan dengan mandian daun herba, beliau akan bersarapan di balcony.

Bayi beliau yang comel sedang tenang selepas dimandikan, dan dijaga oleh pembantu terapis untuk ibu dapat makan dengan selesa.

Usai makan, bayi diserah kepada ibu untuk disusukan. Setelah beberapa ketika, beliau disantuni oleh terapis dengan urutan, tungku dan berbengkung. Beliau dapat menikmati proses terapi dengan sangat selesa, sebab bayi ada yang jaga 😉
Makanan sihat dan menyihatkan dihidangkan 5x sehari. Beliau kata, ”Tak sempat rasa lapar pun pantang di sini. Makanan pun semua sedap belaka!”

Keadaan ibu dan bayi menjadi keutamaan kami. Bayi akan diperiksa oleh pembantu terapis setiap 2 jam dan dilaporkan terus kepada doktor yang bertugas.

Kadar tekanan darah, suhu badan ibu dan bayi, kadar bilirubin bayi, pengecutan rahim ibu, tali pusat bayi, pembuangan kencing dan najis bayi, masalah “tongue tie”, semuanya dipantau oleh doktor bertauliah di Villa Suriya.

Puan Khalilah juga mendapat konsultansi penyusuan percuma khusus daripada Perunding Penyusuan bertauliah kami.

Lebih best lagi, hadiah-hadiah percuma tajaan Buds dan banyak lagi dibawa pulang oleh Puan Khalilah. Berbondong-bondong!

Terima kasih Puan Khalilah, menjadi client pertama Villa Suriya dan menjadi yang pertama menikmati perkhidmatan kami J

Hubungi kami di +011-59777496 (https://villasuriya.wasap.my/) atau email di villasuriya.putrajaya@gmail.com


Mommies Circle Meeting July 2020 Facing your Fears

Tajuk perjumpaan kali ini adalah Facing your fears . Mommies yang datang berinteraksi dengan baik membincang topik ini den...