Kisah client pertama #pantangcation kami di Villa Suriya.
Puan Khalilah berpantang 4 hari 3 malam di Villa Suriya
untuk kelahiran anak ke 4 beliau. Alhamdulillah maklumbalas yang sangat
memberangsangkan daripada beliau.
Kami tumpang seronok melihat Puan Khalilah begitu menikmati
suasana Villa Suriya sepanjang berada di sini. Setiap pagi selepas disegarkan
dengan mandian daun herba, beliau akan bersarapan di balcony.
Bayi beliau yang comel sedang tenang selepas dimandikan, dan
dijaga oleh pembantu terapis untuk ibu dapat makan dengan selesa.
Usai makan, bayi diserah kepada ibu untuk disusukan. Setelah
beberapa ketika, beliau disantuni oleh terapis dengan urutan, tungku dan
berbengkung. Beliau dapat menikmati proses terapi dengan sangat selesa, sebab
bayi ada yang jaga 😉
Makanan sihat dan menyihatkan dihidangkan 5x sehari. Beliau
kata, ”Tak sempat rasa lapar pun pantang di sini. Makanan pun semua sedap
belaka!”
Keadaan ibu dan bayi menjadi keutamaan kami. Bayi akan
diperiksa oleh pembantu terapis setiap 2 jam dan dilaporkan terus kepada doktor
yang bertugas.
Kadar tekanan darah, suhu badan ibu dan bayi, kadar
bilirubin bayi, pengecutan rahim ibu, tali pusat bayi, pembuangan kencing dan
najis bayi, masalah “tongue tie”, semuanya dipantau oleh doktor bertauliah di
Villa Suriya.
Puan Khalilah juga mendapat konsultansi penyusuan percuma
khusus daripada Perunding Penyusuan bertauliah kami.
Lebih best lagi, hadiah-hadiah percuma tajaan Buds dan
banyak lagi dibawa pulang oleh Puan Khalilah. Berbondong-bondong!
Terima kasih Puan Khalilah, menjadi client pertama Villa
Suriya dan menjadi yang pertama menikmati perkhidmatan kami J
Hubungi kami di +011-59777496 (https://villasuriya.wasap.my/) atau email di villasuriya.putrajaya@gmail.com
No comments:
Post a Comment